Mesyuarat Agung JKPA PKG Kg. Pandan Sesi 2012/2013

Tarikh    : 15 Mei 2012
Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Tempat  : Bilik Seminar, Pkg Kg. Pandan
Peserta  : Pengetua, Guru Besar, Wakil Sekolah Ahli
Pengajur: PKG Kg. Pandan

Bertempat di Bilik Seminar PKG Kg. Pandan, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Jawatankuasa Permuafakatan Pengurusan Aktiviti (JKPA) bagi sekolah-sekolah ahli PKG Kg. Pandan sesi 2012/2013. Mesyuarat tersebut kebanyakannya telah dihadiri oleh wakil-wakil Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli, berikutan kebanyakan pengetua dan guru besar terlibat dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang berlangsung keesokan harinya. Walaupun begitu, wakil-wakil sekolah ahli yang hadir telah menyampaikan salam dari pengetua dan guru besar mereka.

Objektif utama mesyuarat tersebut dibuat bertujuan untuk membentangkan laporan sepanjang tahun 2010 hingga 2011 yang merangkumi segala aktiviti yang telah dijalankan oleh Biro Pusat Sumber, ICT dan lain-lain biro, juga dibentangkan laporan kewangan dalam tempoh tersebut. Objektif lain adalah untuk membubarkan ahli jawatankuasa tersebut sebelum melantik jawatankuasa yang baru bagi tahun 2012 hingga 2013. Sesi ucapan aluan dimulakan oleh En. Mohd Fakruddin Bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan Pkg Kg. Pandan merangkap setiausaha dan bendahari JKPA. Seterusnya ucapan dari Puan Rokiah Binti Ahmad, Pegerusi JKPA sesi 2010/2011. Ucapan seterusnya dari En. Rossaidi Bin Ngah, Penolong Pengarah BTPNKL mewakili En. Mohd Sanusi Saseetharan Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPNKL yang tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuala Kangsar, Perak. Sebagai wakil Tuan KPP BTPNKL, beliau mengucapkan terima kasih kepada sekolah ahli PKG Kg. Pandan atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang berteraskan teknologi dan pendidikan. Bagi En. Rossaidi Bin Ngah pula, ini adalah ucapan beliau yang terakhir sebagai Penolong Pengarah BTPNKL kerana beliau akan ditukarkan ke JPWP untuk menjawat jawatan yang lebih besar.

Keseluruhannya, mesyuarat agung sesi 2012/2013 telah mencapai objektifnya. Pihak PKG Kg. Pandan dan BTPNKL mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan kepada jawatankuasa yang lama atas khidmat yang diberikan. Sekalung tahniah kepada jawatankuasa yang baru dilantik. Diharapkan dengan perlantikan baru ini hubungan erat dan kerjasama antara pihak sekolah dan PKG Kg. Pandan mahupun BTPNKL akan bertambah baik. Bahkan juga, jawatankuasa yang baru ini akan memberikan idea-idea yang bernas dan kreatif untuk memantapkan program-program di masa akan datang.

Jawatakuasa Sesi 2012/2013

Pengerusi                : Pn. Hjh Zaiton Bt Ahmad - Guru Besar SK Tun Hussein Onn
Timbalan Pengerusi : Pn. Rathinammal A/P Rajaia - Guru Besar SJKT Kg. Pandan
Setiausaha              : En. Mohd Fakruddin Bin Musa - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg. Pandan

Biro Pembangunan PSS
Pengerusi      : Pengetua SMK Perempuan Pudu
N. Pengerusi : Pn. Shamsiah Bt. Ahmad - Pengetua SMK Cochrane

Biro ICT
Pengerusi      : Pn. Che Hasnah Bt. Muhammad - Pengetua SMK Datok Lokman
N. Pengerusi : En. Mohd Amir B. Abdul Ghani - Pengetua SMK Seri Mutiara

Biro Latihan Dan Penghasilan
Pengerusi      : Pn. Latifah Bt. Hj Mahfod - Pengetua SMK Aminuddin Baki
N. Pengerusi : Pn. Khalilah Bt. Yahya - Guru Besar SK Desa Pandan

Biro Sosial Dan Kebajikan
Pengerusi      : En. Mazlan B. Domat Shahruddin - Pengetua SMK Yaacob Latif
N. Pengerusi : En. Hj Ghazali B. Katun - Guru Besar SK Yaacob Latif 1
                      Pn. Norhayati Bt. Husen - Guru Besar SK Yaacob Latif