Bengkel Khidmat Bantu Makmal Komputer Sekolah


Tarikh                  : 17 & 18 Mei 2012
Masa                   : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat                : Makmal Komputer SMK Convent Jalan Peel
Penganjur            : PKG Kg. Pandan
Peserta                : En. Abd Halim Bin Abu Samah - PTP Btpnkl
                                  Pn. Noorayni Bt Othman - PTP Btpnkl
                                  En. Mohd Fakruddin Bin Musa - PTP PKG Kg. Pandan
                                  En. Mohd Fazli B. Ab Hadi - PTP PKG Kg. Pandan
                                  Puan Rahayu Binti Yahya - GPB SMK Convent Jalan Peel
                                  9 Orang Juruteknik Komputer
1.       Mohd Seth Bin Yusof - PKG Kg. Pandan
2.       Mohd Zikri Zuhdi Bin Mohamed - SMK Convent Jalan Peel
3.       Mohd Zamri Bin Hamazah - SK Tun Hussein Onn
4.       Nur Azirah Bt. Mohd Azhar - SK Taman Midah 1
5.       Imran Nurjamil Bin Mohamed Nor - SK Desa Pandan
6.       Mohd Zulfadli Bin Sidek - SK Taman Maluri
7.       Khairur Rijal Bin Mohamad - SK Taman Segar
8.       Mohd Hazmi Shah Bin Shahruddin - SK Salak South
9.       Zuridan Bin Muhammad - SJKT Kg. Pandan

           Pendaftaran dan kehadiran peserta diambil pada jam 8.30 pagi. Encik Mohd Seth Bin Yusof selaku urusetia program merangkap peserta telah memulakan acara dengan memberikan taklimat ringkas akan objektif serta tujuan bengkel ini diadakan kepada peserta dan juga Pn. Rahayu Binti Yahya, selaku GPB SMK Convent Jalan Peel. Para peserta juga diterangkan akan permasalahan yang dihadapi di makmal komputer sekolah bagi memudahkan peserta memahami dan memberi cadangan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 ditugaskan untuk penyelenggaraan Makmal Komputer Aras Bawah manakala Kumpulan 2 ditugaskan di Makmal Komputer Aras Atas.

               Untuk tugasan hari pertama, kedua-dua kumpulan diminta melakukan pemeriksaan terhadap 21 buah komputer bagi setiap makmal komputer serta satu pelayan untuk mengenalpasti punca masalah komputer-komputer tidak dapat mengakses internet.

Semasa kerja-kerja penyenggaraan dilakukan, En. Mohd Sanusi Saseetharan Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPNKL bersama-sama En. Mohd Fakruddin Bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg. Pandan merangkap penasihat program, serta Puan Asiah Binti Husin, Pengetua SMK Convent Jalan Peel dengan berbesar hati telah hadir untuk melihat sendiri kerja-kerja khidmat bantu ini dilakukan. Setelah diberikan taklimat ringkas oleh En. Mohd Seth Bin Yusof, selaku urusetia program berkenaan masalah yang dihadapi dan tindakan yang akan dilakukan, Tuan KPP mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan beliau berharap usaha ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Secara keseluruhannya, bengkel khidmat bantu ini telah berjaya memberi impak yang positif atas usaha dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Dengan kejayaan ini, diharapkan agar dapat memberi inspirasi untuk menubuhkan satu kumpulan khas di setiap PKG bagi memberi khidmat bantu ICT kepada sekolah ahli masing-masing. Disertakan beberapa gambar sepanjang bengkel ini berlangsung.




 
Disediakan Oleh;
MSY