Majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Padang Esplanade, Taiping, Perak.

Acara ini akan disiarkan secara Live Streaming melalui Portal EduwebTV di alamat www.eduwebtv.com mulai jam 7.30 sehingga 9.00 pagi.

Marilah kita saksikan acara bersejarah ini yang merupakan larian terbesar yang disertai oleh murid-murid sekolah yang pernah diadakan di negara ini.

Acara ini juga akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Kursus Penggunaan dan Pembudayaan ICT

Kursus ini telah dijalankan pada 23 Jun 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur. Seramai 23 orang Pengetua dan Guru Besar telah menghadirinya.