ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT


Salam 1 Malaysia.

Untuk pengetahuan sekolah ahli PKG Kg. Pandan, penyelenggaraan kerosakan peralatan ICT telah berjalan seperti biasa untuk tahun ini dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara peralatan ICT adalah seperti tahun lepas iaitu syarikat KaypiTech. Bagi guru ICT/GPB atau Juruteknik Komputer (FT) sekolah, bolehlah membuat aduan kerosakan peralatan ICT pada Support Ticketing System (STS) seperti biasa. Sila pastikan tiket aduan di isi dengan mengikut format seperti dibawah:
  1. Nama Pelapor
  2. Jawatan Pelapor
  3. No Telefon Bimbit
  4. Jenis Peralatan
  5. Jenama / Model
  6. No. Siri Peralatan
  7. No. Daftar Harta Modal (No. DHM)
  8. Lokasi Peralatan
  9. Masalah Kerosakan (huraikan)
  10. Troubleshoot yang telah dibuat 
Setiap aduan adalah untuk satu kerosakan, dan pastikan maklumat-maklumat yang diberi tepat dan jelas untuk memudahkan pihak PKGKP dapat membuat tindakan susulan. Bagi sekolah ahli yang mempunyai FT, diharapkan dapat membantu GPB/GICT untuk melaporkan aduan kerosakan tersebut. Bagi sekolah ahli yang tidak mempunyai FT atau guru baru dilantik menjadi GPB/GICT, diharap dapat berhubung secara terus ke PKGKP untuk mendapatkan khidmat bantu dari Pegawai Teknologi Pendidikan PKGKP En. Mohd Fakruddin B. Musa atau Juruteknik Komputer, En. Mohd Seth B. Yusof.

Jika pihak syarikat Kaypi hadir ke sekolah untuk menyelenggara peralatan ICT yang telah dilaporkan, sila pastikan GPB/GICT atau FT berada bersama pihak Kaypi untuk memastikan peralatan ICT yang diselenggara mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Ini penting agar tidak ada masalah lain yang timbul.

Hubungi pihak PKG jika terdapat sebarang keraguan sewaktu penyelenggaran dilakukan oleh pihak syarikat. Sijil Pengujian Peralatan (SPP) dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hanya ditandatangani oleh pihak sekolah apabila peralatan ICT yang rosak telah dibaiki, dipasang dan diuji terlebih dahulu oleh pihak sekolah. Pihak sekolah diwajibkan menutup (closed) tiket aduan kerosakan yang telah diselesaikan, agar pihak PKG/BTPNKL dapat mengetahui kerja-kerja penyelenggaraan tersebut telah selesai bagi tujuan pembayaran.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh;
MSY