Bertempat di Pusat Kegiatan Guru
Sentul, bermula pada 25 hingga 29 Julai 2016 telah dijalankan Kursus Asas
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk
melatih guru-guru yang baharu dilantik sebagai Guru Perpustakaan Dan Media.
Pendedahan mengandungi aspek hal-ehwal
pengurusan pusat sumber sekolah telah diterapkan kepada para peserta. Kursus
yang dijalankan selama 5 hari berturut adalah syarat untuk kelayakan bagi mendapatkan
sijil kursus ini. Diharapkan peserta yang hadir akan lebih bersemangat untuk
menguruskan pusat sumber sekolah sebagai gedung ilmu bagi warga sekolah
masing-masing.