KAJIAN ASAS KESEDARAN KESELAMATAN SIBER NEGARA
Pihak Pusat Kegiatan Guru Kg
Pandan telah menjalankan Kajian Keselamatan Siber Negara di tiga buah sekolah
ahli yang terpilih. Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains Selangor,
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan Convent 2 Bukit
Nanas. Seramai 24 orang murid sekolah menengah, 22 orang murid sekolah rendah
serta 12 orang ibu bapa (guru) yang dipilih untuk menjalani kajian ini. Calon yang
dipilih diminta menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan keselamatan siber
secara individu.
Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan merakamkan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah bagi
menjayakan sesi soal selidik ini.