Status perekodan Bahan Bacaan NILAM Guru bagi bulan Mac sehingga bulan Mei 2017. Pihak PKG Kg Pandan mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kerjasama guru-guru dan pihak sekolah khasnya kerana telah berjaya menjalankan NILAM Guru di peringkat sekolah. Ini menunjukkan perspektif guru terhadap pentingnya bacaan berlaku tidak kira samada di sekolah mahupun ketika berada di luar kawasan sekolah. Kadar pembacaan guru yang meningkat dapat memberikan contoh teladan yang baik kepada murid-murid sekolah supaya mengetahui dan memahami pentingnya galakan membaca dilakukan.