Standard Kompetensi Digital

(Digital Competency Standards – DCS)


Sumber : BTPN Selangor

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 400 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS).
Klik  Portal Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS) untuk mengakses instrumen penilaian ini. Portal ini hanya boleh diakses melalui pelayar web Google Chrome.
Sekolah-sekolah yang terlibat PKG Kg Pandan adalah :
SMK ST JOHN
SMK SERI BINTANG UTARA
SMK SERI BINTANG SELATAN
SMK BANDAR TUN RAZAK
SMK AMINUDDIN BAKI
SM SAINS SELANGOR
SK SERI BINTANG UTARA
read more :..
http://btpnsel.edu.my/2016/11/standard-kompetensi-digital-digital-competency-standards-dcs/