BENGKEL PELARASAN NILAM DAN PENGURUSAN FAIL
PUSAT SUMBER SEKOLAH 2016

Bertempat di PKG Kg Pandan, bengkel seperti tajuk diatas telah dijalankan pada 23 hingga 25 Mei 2016. Ianya bertujuan untuk menyelaraskan pengisian data NILAM peringkat sekolah secara teratur dan bersistem. Guru yang hadir juga di bengkelkan dengan menyusun atur serta membuka fail-fail pengurusan Pusat Sumber mengikut sistem yang diselaraskan oleh pihak Arkib Negara. Hasilnya, guru telah menyiapkan fail yang perlu diwujudkan. Guru juga dapat berkongsi idea dan pandangan mengenai kaedah pengurusan fail ini. Mereka juga berkongsi idea, pendapat dan cara untuk menjalankan aktiviti berkaitan pusat sumber samada program untuk NILAM, literasi maklumat, pengurusan pusat sumber, kendalian jadual waktu dan sebagainya. Diharapkan guru yang hadir tetp dan lebih bersemangat untuk menggerakkan program di sekolah.