BENGKEL KHIDMAT BANTU RANGKAIAN INTERNET
SMK BANDAR TASIK SELATAN


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan telah mengadakan Bengkel Khidmat Bantu Rangkaian Internet (LAN) bersama juruteknik sekolah yang dijemput hadir. Bengkel ini bertujuan untuk menaiktaraf capaian internet di sekitar sekolah dengan bantuan pengalaman dari juruteknik yang sememangnya mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri. Di samping itu, juruteknik secara langsung juga mempelajari permasalahan berkaitan capaian dan secara perbincangan serta perkongsian idea, mereka dapat menyelesaikan isu tersebut. Bengkel yang dijalankan bermula pada 18 Januari akhirnya tamat pada 21 Januari 2016. Ketua Unit Pembestarian Sekolah dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Abd Halim Bin Abu Samah hadir bagi memeriahkan lagi sesi penutupan bengkel ini. Beliau melawat ke tempat-tempat yang telah dibuat baikpulih capaian internet. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua juruteknik kerana mereka telah menabur jasa kepada sekolah ini dengan hasil kepakaran mereka.

SEKALUNG TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA JURUTEKNIK
SEKOLAH AHLI PKG KG PANDAN

MOHD ZAMRI BIN HAMAZAH   |   SK TUN HUSSEIN ONN
AHMAD WAFI BIN ABU ASWAD   |   SMK SERI PERMAISURI
NOR AZIRAH BT MOHD AZHAR   |   SK TAMAN MIDAH
MOHD FADHLIL RAHMAN BIN MOHD ALI   |   SMK SERI TASIK
MOHD ZULFADLI BIN SIDEK   |   SK TAMAN MALURI
ZURIDAN BIN MUHAMMAD   |   SJKT KG PANDAN
MOHD FAUZI BIN MOHD ARIFFIN   |   SM SAINS ALAM SHAH
MOHD RAMADAN BIN JAMALUDIN   |   SK DESA TASIK
KHAIRUR RIJAL BIN MOHAMAD   |   SK TAMAN SEGAR