Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan telah selesai menjalankan taklimat untuk guru perpustakaan dan media kali ke 2 bagi sesi 2015 ini. Seramai 51 guru pusat sumber dari sekolah ahli dijemput hadir bagi mendengar dan berkongsi maklumat terkini mengenai pengurusan dan juga aktiviti pusat sumber di sekolah masing-masing. Pada taklimat isi disertakan sekali status NILAM yang terkini, pengurusan fail mengikut kehendak Arkib, pengurusan MBMMBI dan juga menyemak dan mengemaskini harta modal dan inventori yang berada di dalam pusat sumber dan juga bilik media. Diharapkan guru yang hadir dapat mengambil tindakan segera mengenai perkara yang telah dibincangkan.