TAKLIMAT PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 2015


Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan dengan jayanya telah menjalankan taklimat khas berkaitan pengurusan tahunan pusat sumber sekolah kepada guru perpustakaan dan media bagi tahun 2015. Guru yang hadir adalah yang bertanggungjawab mengenai pusat sumber sekolah telah diberikan taklimat oleh Encik Mohd Zabidi Bin Ismail iaitu Ketua Unit PSP, Puan Rosilawati Bt Maabar juga dari Unit PSP dan juga dari Encik Mohd Fazli Bin Ab Hadi selaku pegawai dari PKG Kg Pandan.

Seramai 51 orang guru yang juga dari sekolah ahli telah dijemput bagi mendenagn taklimat ini. Tidak ketinggalan juga guru yang baharu dilantik bagi menggantikan GPM yang lama juga turut hadir. PKG Kg Pandan mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada semua GPM samada yang lama mahupun yang baharu dilantik. Bagi yang baharu dilantik pastikan mengisi borang maklumat GPM melalui portal UPSP BTPNWPKL dan disertakan dengan surat iringan dari sekolah untuk pelantikan sebagai GPM sekolah dan diberi kepada UPSP di BTPNWPKL.

************************************************************************************************************