Sistem Pengurusan Sekolah

-SPS-
Salam 1 Malaysia kepada semua guru pentadbir atau admin bagi Sistem Pengurusan Sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan diminta mengemaskini Modul Pengurusan Staf serta Modul Pengurusan Murid dan memasukkan murid ke kelas tingkatan atau darjah masing-masing. Ini adalah kerana sekolah-sekolah di Kuala Lumpur akan menjalankan Modul Pengurusan Kedatangan Murid tidak lama nanti. Sebarang masalah berkaitan SPS, boleh dirujuk melalui email yang telah diberikan kepada semua sekolah ahli PKG Kampung Pandan. Diharap pengemaskini boleh dijalankan dengan segera bagi mengelakkan sebarang masalah lain yang akan timbul pada masa akan datang. Satu taklimat berkaitan modul ini akan diadakan dalam masa terdekat. Surat panggilan akan dihebah melalui portal, diberi melalui email dan juga secara faksimili. Penyemakan makluman oleh tuan dan puan dari PKG Kg Pandan melalui email amatlah penting bagi hebahan dan juga sebarang perkongsian.