TAKLIMAT ICT KEPADA GURU PENYELARAS BESTARI / ICT
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2014

Pada 19 Mac 2014, PKG Kampung Pandan telah mengadakan satu taklimat berkaitan kepada Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT untuk 51 buah sekolah ahlinya. Taklimat di beri oleh penceramah yang didatangkan khas dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WPKL iaitu Encik Mohd Hazri Bin Hj Minhat iaitu Penolong Pengarah dan juga Encik Abdul Hamid Bin Abdullah dari Unit Perolehan ICT. Mereka memberikan taklimat berkaitan dengan pengurusan yang berkaitan dengan ICT, SSQS, Sistem Pengurusan Sekolah, Virtual Learning Environment (VLE) dan sebagainya. Diharapkan dengan taklimat ini, guru akan lebih proaktif dalam menguruskan ICT di sekolah.