TAKLIMAT GURU PERPUSTAKAAN MEDIA (GPM) WPKL 2014

Bertempat di Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan, satu taklimat khas untuk Guru Perpustakaan Media telah dijalankan pada 20 Februari 2014. Dengan sasaran GPM samada yang baru atau yang lama, pendedahan diberi oleh penceramah yang dijemput dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WPKL iaitu dari Unit ProfPen. Penceramah terdiri dari Encik Zainuddin Bin Hj Othman, Puan Arinawati Bt Mohd Yassin dan juga Encik Mohd Fakruddin Bin Musa. Turut hadir bersama ialah pegawai baru iaitu Puan Sharifah Nor Suhaila Bt Said Samsuddin. Talimat adalah bertumpu kepada pengurusan Pusat Sumber sekolah masing-masing dan juga pengisian IQPSS yang telah berjalan. Diharap dengan taklimat ini, guru perpustakaan media akan lebih berpengetahuan dan komited dalam menjalankan tugas yang diberi.