Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Kutipan Data SPPICTS Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan

Tahniah kepada seluruh sekolah ahli PKG Kg. Pandan kerana telah berjaya mencapai tahap 100%. Terima kasih kerana telah memberi komitmen di dalam menjayakan kutipan data ini. Diharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan untuk kutipan data kali kedua pada 11 September hingga 1 Oktober 2011 nanti.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat
      JUMLAH SEKOLAH:47
      JUMLAH SEKOLAH SIAP MENJAWAB:47
      PERATUS SIAP MENJAWAB:100 %

      Memo Berkenaan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah

      Untuk Makluman GPB dan GICT

      Sila ambil perhatian, hanya tinggal lima hari sahaja lagi tarikh tutup bagi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS). Namun masih ramai lagi GPB/GICT sekolah ahli yang belum mengisi data pemantauan tersebut. Jika pemantauan ini di isi disaat-saat akhir, berkemungkinan pihak GPB/GICT akan mengalami masalah seperti tidak dapat 'log in' ataupun server 'down'.

      Jika pihak GPB/GICT menghadapi masalah berkenaan rangkaian internet yang baru iaitu TM School Broadband ataupun masalah-masalah lain berkenaan SPPICTS ini, pihak PKG Kg. Pandan dengan berbesar hati mengalukan GPB/GICT sekolah ahli datang ke PKG Kg. Pandan untuk menggunakan rangkaian internet PKG bagi mengisi data pemantauan ini.

      Turut disertakan surat rasmi berkenaan pengisian data SPPICTS bagi tahun 2011, sebagai rujukan jika terdapat GPB/GICT yang masih tidak menerima surat tersebut. Sila klik pada link yang telah disediakan di bawah untuk muat turun surat berkenaan.

      Surat_SPPICTS _2011.pdf

      "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"