Program Kem Membaca 1 Malaysia

Pertandingan Melukis Warna Warni 1 Malaysia Sekolah Rendah Tahun 2010

Pada 28/10/2010 telah berlangsungnya Pertandingan Melukis Warna Warni 1 Malaysia bagi sekolah ahli PKG Kg. Pandan. Bertempat di SJK (C) Tsun Jin, pertandingan ini telah disertai seramai 62 orang pelajar Tahun Enam yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2010.

Acara yang melibatkan pelajar-pelajar Tahun Enam ini bertujuan untuk memberikan para pelajar kepuasan dan menghilangkan sedikit sebanyak tekanan yang dihadapi oleh mereka semasa menghadapi peperiksaan UPSR yang lepas. Selain itu juga, pertandingan melukis ini adalah yang terakhir bagi mereka, kerana pada tahun hadapan mereka akan memasuki kategori yang berlainan iaitu kategori sekolah menengah.

Pertandingan melukis yang berlangsung selama dua jam ini telah diadili oleh empat orang guru yang dipilih oleh Jawatankuasa Pertandingan. Melihat dari lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh pelajar, kesemua lukisan tersebut berpeluang untuk menang kerana kesemua peserta mempunyai idea yang kreatif  dan menarik. Setelah diadili, keputusannya adalah seperti berikut:

             Johan : Chong Chun Hoe - SJK (C) Confucian
    Naib Johan : Tan Sharon - SJK (C) Naam Kheung
           Ketiga : Eng Pei San - SJK (C) Confucian

Ketua Penolong Pengarah BTPNKL, En. Mohd Sanusi Saseetharan Bin Abdullah telah berbesar hati meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan juga saguhati kepada 17 lukisan terbaik serta cenderahati kepada para hakim.Keseluruhannya, pertandingan ini telah berjalan dengan lancar dan jutaan terima kasih kepada tuan rumah SJK (C) Tsun Jin dan semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Turut disertakan beberapa keping gambar sewaktu pertandingan dijalankan. 



Disediakan oleh;
MSY

Program Kem Membaca 1 Malaysia

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Melukis "Warna Warni 1 Malaysia 2010

Pada 25 Oktober 2010 yang lepas, satu mesyuarat berkenaan Program Kem Membaca 1 Malaysia bagi sekolah ahli PKG Kg. Pandan telah dijalankan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Mohd Fakruddin Bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) PKG Kg. Pandan sendiri, bertujuan untuk mengetahui hasil tugasan guru-guru jawatankuasa yang terlibat di dalam pertandingan melukis pada 28 Oktober 2010, serta melakukan penambahbaikan dari beberapa perkara.yang dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut.

Turut dibincangkan ialah berkenaan kedudukan tempat letak kereta, meja pendaftaran dan majlis penyampaian hadiah. Keseluruhannya, mesyuarat ini telah memberi reaksi yang positif kepada semua AJK yang terlibat untuk menjayakan program ini. Sebelum bersurai, semua AJK bergotong-royong menyiapkan hadiah untuk 20 peserta terbaik.

Disertakan beberapa keping gambar sepanjang mesyuarat berlangsung.




Disediakan oleh;
MSY