Smart School Qualification Standards (SSQS)

PENARAFAN SSQS

Penarafan tahap bestari sekolah menggunakan Aplikasi SSQS Online telah berlangsung dari 19 Julai 2010 dan akan berakhir pada  30 Ogos 2010 Jam 4.00 petang. Sepanjang penarafan secara online ini berlangsung, didapati masih ada Sekolah Ahli yang masih belum menggambil sebarang tindakan untuk melaksanakan penarafan secara online ini. Antara Sekolah Ahli yang MASIH BERADA PADA TAHAP 0% ialah ( Sehingga 27 Ogos 2010  jam 10.05 pagi )  :

1. SK ST. JOHN ( 1 )
2. SK ST. JOHN ( 2 )
3. SJKT KG. PANDAN

Kepada sekolah yang tersenarai diatas, adalah dipohon untuk melaksanakan penarafan  tahap bestari  sekolah menggunakan Aplikasi SSQS Online dengan KADAR SEGERA bagi mengelakkan masalah pada saat saat akhir. Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah , sila hubungi Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan di talian 03-92830550.

Diharap agar guru GICT / GPB sekolah-sekolah ini dapat memberikan kerjasama sebaik mungkin. Kerjasama anda amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh:
MSY










Program Kem Membaca 1Malaysia 2010 bersama Schoolastic Malaysia

Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ). Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. 
Pada tahun ini Program READ2010 anjuran Schoolastic Malaysia akan diadakan serentak semasa majlis perasmiaan yang akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada ketetapan berikut :
 
Tarikh     : 8 November 2010
Masa      : 9.30 pagi
Tempat   : Dewan Serbaguna , SJK ( C ) Tsun Jin, 
                Kg. Pandan 
                Kuala Lumpur

Sehubungan dengan itu, bagi senarai sekolah di bawah adalah terlibat secara langsung dalam program ini dan diminta agar mendaftarkan penyertaan melalui  http://www.read2010.com.my/. Pihak sekolah akan menerima  50 buah secara  percuma. Berikut senarai Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan yang terlibat :
1.  SMK COCHRANE PERKASA
2.  SMK CONVENT JALAN PEEL
3.  SMK DATOK LOKMAN
4.  SMK COCHRANE
5.  SMK AMINUDDIN BAKI
6.  SMK (P) PUDU
7.  SMK ST GABRIEL
8.  SMK TAMAN MALURI
9.  SMK YAACOB LATIF
10. SK COCHRANE
11. SK COCHRANE PERKASA
12. SK CONVENT JALAN PEEL
13. SK DESA PANDAN
14. SK PUTERI PANDAN 1
15. SK PUTERI PANDAN 2
16. SJK ( C ) TSUN JIN
17. SK ST GABRIEL

Sila mendaftar sebelum 31 Ogos 2010 dan jika mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi PKG Kg. Pandan di talian 03-92830550.


Disediakan oleh MFM




Pengisian data IQPSS ( Penarafan PSS )

Berikut di sertakan senarai nama Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan yang masih belum selesai mengisi data dalam IQPSS ( Penarafan PSS Sekolah ) ( Sehingga 17/8/2010 11.40am ) :

1.   SK Convent Jalan Peel
2.   SK Cochrane
3.   SK Cochrane Perkasa
4.   SK Convent Bukit Nanas 2
5.   SK Desa Pandan
6.   SK Pendidikan Khas Jalan Peel
7.   SK Seri Cheras
8.   SK St. John 1
9.  SK Yaacob Latiff 2
10. SJK ( C ) Chung Hwa (P)
11. SJK ( T ) Kg. Pandan

Mohon agar Pihak Sekolah Ahli yang tersenarai diatas agar menggambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang masalah pada saat saat akhir.

Disediakan oleh: mfm

Program Khidmat Bantu Pengautomasian PSS ( Automasi Senayan )

17 Ogos 2010, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan telah berlangsung satu Program Khidmat Bantu Pengautomasian PSS. En. Abdul Hamid bin Abdullah ( PTP PKG Keramat ) merupakan penceramah bagi program ini. Seramai 15 orang peserta yang terdiri dari Sekolah Ahli PKGKP telah hadir. Diharapkan selepas ini semua Sekolah Ahli PKGKP mempunyai Sistem Automasi bagi melancarkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah



Disediakan oleh : MFM


Taklimat Program oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg. Pandan
Perkongsian ilmu oleh En. Abdul Hamid bin Abdullah
Antara peserta yang hadir
Antara peserta yang hadir

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Seluruh warga kerja Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan menggambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam khususnya warga Sekolah Ahli PKGKP. Sesungguhnya Bulan Ramadhan ini mempunyai pelbagai keberkatan dan sama samalah kita berusaha untuk mendapat keberkatan dan manafaat dariNya.