Program Kem Membaca 1 Malaysia


PERTANDINGAN MENULIS GURINDAM SEBAGAI WACANA MINDA SEMPENA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010

Pada 8 November 2010 yang lepas, pihak PKG telah menganjurkan satu pertandingan menulis gurindam yang melibatkan pelajar tingkatan tiga sekolah ahli. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru serta menjayakan program Kem Membaca 1 Malaysia.

11 buah sekolah dari 14 buah sekolah ahli yang hadir menghantar wakil. Seramai 31 orang pelajar telah menyertai bengkel penulisan dan pertandingan menulis gurindam ini. Acara ini dimulakan dengan bengkel penulisan yang telah disampaikan oleh En. Mohd Sidek Bin Dollah atau lebih dikenali dengan Mas Adiki selama satu jam. Manakala pertandingan menulis gurindam dijalankan selama 30 minit dan telah diadili oleh dua orang guru yang telah dijemput khas iaitu  En. Mohd Rizal Bin Yaacob dari SMK Bandar Tun Razak dan En. Amiruddin Bin Md. Ali Hanafiah dari SMK Jinjang. Berikut adalah senarai nama pemenang pertandingan menulis gurindam:
  1.  Fadlin Sakina Bt. Abu Bakar – SMK Datok Lokman 
  2.  Nursyahira Aliah Bt. Tajul Ariffin – SMK Aminuddin Baki 
  3.  Mohamed Thajudeen Bin Jaffar Ali – SMK Cochrane Perkasa
  4. Nur Najla Bt. Muhamad Taufek – SMK Cochrane 
  5. Nursakinah Bt. Azizan – SMK Aminuddin Baki




Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Diharapkan agar program seperti ini akan berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang. 

 Disediakan oleh;
MSY