Mesyuarat Jawatankuasa Sempena Kem Membaca 1 Malaysia



Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertandingan Melukis "Warna Warni 1 Malaysia" dan Pertandingan Menulis Gurindam Sebagai Wacana Minda Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 08-12 November 2010



              Pada 24 September 2010 yang lepas, telah berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa kerja untuk program tahunan iaitu Kem Membaca 1 Malaysia di PKG Kg Pandan. Mesyuarat ini dijalankan bertujuan melantik jawatankuasa kerja yang akan bertugas pada hari tersebut di SJKC Tsun Jin nanti.

             Untuk makluman, pihak PKG Kg. Pandan telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan dua aktiviti iaitu pertandingan melukis bagi sekolah rendah dan pertandingan menulis gurindam bagi sekolah menengah. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 19 orang guru yang dipilih dari sekolah-sekolah ahli sebelum ini. Turut menghadiri mesyuarat ini ialah wakil dari BTPNKL iaitu En. Zainuddin Othman, Penolong Pengarah BTPNKL dan Puan Mahanum Ismail dari Unit PSP BTPNKL.
          
            Setelah jawatankuasa kerja dilantik, guru-guru tersebut telah membuat perbincangan kumpulan berkenaan persediaan yang perlu dilakukan sebelum,semasa dan selepas pertandingan tersebut serta perkara-perkara lain berkenaan pertandingan tersebut. Mesyuarat selesai pada jam 1 petang.

Dibawah terdapat beberapa gambar berkenaan mesyuarat tersebut.











 Disediakan Oleh;
MSY