Program Kem Membaca 1Malaysia 2010 bersama Schoolastic Malaysia

Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ). Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. 
Pada tahun ini Program READ2010 anjuran Schoolastic Malaysia akan diadakan serentak semasa majlis perasmiaan yang akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada ketetapan berikut :
 
Tarikh     : 8 November 2010
Masa      : 9.30 pagi
Tempat   : Dewan Serbaguna , SJK ( C ) Tsun Jin, 
                Kg. Pandan 
                Kuala Lumpur

Sehubungan dengan itu, bagi senarai sekolah di bawah adalah terlibat secara langsung dalam program ini dan diminta agar mendaftarkan penyertaan melalui  http://www.read2010.com.my/. Pihak sekolah akan menerima  50 buah secara  percuma. Berikut senarai Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan yang terlibat :
1.  SMK COCHRANE PERKASA
2.  SMK CONVENT JALAN PEEL
3.  SMK DATOK LOKMAN
4.  SMK COCHRANE
5.  SMK AMINUDDIN BAKI
6.  SMK (P) PUDU
7.  SMK ST GABRIEL
8.  SMK TAMAN MALURI
9.  SMK YAACOB LATIF
10. SK COCHRANE
11. SK COCHRANE PERKASA
12. SK CONVENT JALAN PEEL
13. SK DESA PANDAN
14. SK PUTERI PANDAN 1
15. SK PUTERI PANDAN 2
16. SJK ( C ) TSUN JIN
17. SK ST GABRIEL

Sila mendaftar sebelum 31 Ogos 2010 dan jika mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi PKG Kg. Pandan di talian 03-92830550.


Disediakan oleh MFM