SSQS (Smart
School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai
oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk
menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari
dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan
untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan
penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah
bestari dan kini aplikasi telah dibina secara "on-line" dan
diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.
Objektif SSQS:
1- Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
2- Memberi
asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
3- Menaiktaraf
piawaian dalam pendidikan,
4- Menjadi
pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
5- Memperkasakan
(empower) guru dan murid.
Bagi Pusat
Kegiatan Guru Kampung Pandan, taklimat berkaitan SSQS 2015 akan dijalankan pada
28 Julai 2015 bersamaan hari Selasa bertempat di Bilik Kuliah. Surat panggilan
kepada Guru Penyelaras ICT dan Bestari adalah diminta untuk hadir pada masa
tersebut.